Thursday, 6 July 2017

Gunung Nuang

Assalamualaikum and Hi semuaaaa!

Kesukaan dengan tumbuhan hijau, hutan, cabaran mental lebih daripada fizikal adalah dengan memanjat gunung ataupun bukit sambil menikmati keindahan alam yang dicipta Allah SWT. Ain nak ceritakan pengalaman first masa Ain berjinak-jinak nak panjat memanjat ni.

Sebenarnya zaman universiti di USM dulu lagi, seketul Ain ni sangat suka buat aktiviti sihat macam ni. haha Kita buat sesi #throwback sikit eh. :)

Mount Nuang. The highest mount in Selangor! Inilah first gunung yang Ain naik. Sebelum ni setakat Bukit Broga tu je. Jangan pandang rendah dekat Gunung Nuang ni tau. Dia punya azab nak sampai puncak tu. Alahaiii, gigil lutut tau! Hahahaa Ain bersama-sama sisters zaman ROTU di USM. Kami naik Gunung Nuang via Pangsun. Nak sampai puncak tu selama 6 jam. Kami lambat la sikit sebab newbies kan. Nasib ada abang-abang guider yang tolong. Hehe

 Gambar masa dekat puncak. Pokok ni penanda aras dia. :)

Kami start daripada bawah → lolo → pacat → pengasih → peak (yeayyyyy!)

Disebabkan ini first time naik gunung, mental down dia punya teruk tapi kitorang bawak burger mcd dalam beg. Tu pembakar semangat, selagi tak sampai peak, tak boleh makan burger. Aduyaii hahahaha 

Setiap gambar muka mesti ada senyum, padahal muka masa memanjat tu serabai Tuhan saja yang tahu. Super duper experience! Nak Nuang 2.0! :)








No comments:

Post a Comment

Wet Abseiling Sg. Pisang

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaa! Bulan October tahun lepas, Ain pergi Sg Pisang, Gombak join untuk wet-abseiling. Sesi #throwback tak h...