Friday, 7 July 2017

Wet Abseiling Sg. Pisang

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaa!

Bulan October tahun lepas, Ain pergi Sg Pisang, Gombak join untuk wet-abseiling. Sesi #throwback tak habis sebab this year tak buat apa-apa aktiviti pun lagi. Orang injured memang kena throwback jela. Hihi

Kitorang bayar RM30 je tau. Tengah promosi, so kite grab cepat2. Tahun lepas sangat aktif tau, tahun ni mmg tak ler sbb weekend kan ada kelas. Huhu

Meeting point kami. Mereka ni semua buddy Ain zaman kadet PALAPES :)


Topi dekat belakang tu tak sabar nak dipakaikan Hehe

Ambil turn

Sambil tunggu turn, kita mandi air terjun dulu. Sejukkk

Mereka inilah yang bantu kami





Syurgaku - Ibu Ayah

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaaaa!

Petang-petang macam ni, dah habis kerja semua, mulalah nak berjiwa sentimental sikit. Hehe

Ain anak keempat daripada lima adik beradik. Anak perempuan bongsu yang belum kahwin lagi. sudah menjadi kerisauan ibu ayah masa pulang beraya hari tu. Yang bertambah risau bila anak gadis mereka ni boleh buat rileks je. Hahahaha

Syukur kepada Sang Pencipta kerana dikurniakan sebuah keluarga yang sangat bahagia. keluarga kami hanyalah keluarga yang sederhana. Kesederhanaan itu mencukupi segalanya. Semoga dipanjangkan umur ibu ayah dan diberi kesempatan untuk membalas segala jasa ibu ayah.

So, muka Ain ikut sape? 

Thursday, 6 July 2017

18 Library yang sangat cantik di seluruh dunia

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaaaa!

Hari ni Ain ada google tentang library yang cantik di seluruh dunia. I wish I can go there. Serious cantikkkk. Gambar semua dari ihsan pakcik google. :)

Hasil carian imej untuk library of congress washington dc
Library of Congress Washington DC, USA

Royal Portugese Reading Room, Rio de Janeiro, Brazil

Manuscript Library at Yale University, New Haven, Conn.

Trinity College Library, Dublin, Ireland

National Library of Belarus, Minsk, Belarus

Biblioteca Joanina, Coimbra, Portugal

Suzzallo Library at University of Washington, Seattle, Washington

Stuttgart City Library, Stuttgart, Germany

Geisel Library, San Diego, California

Hasil carian imej untuk benedictine monastery of admont
Benedictine Monastery of Admont, Admont, Austria

Library of The Canadian Parliament, Ottawa, Canada

Central Library of National Autonomous University of Mexico, Mexico

National Library of France, Paris, France

Clementinum, prague, Czech Republic

Rijksmuseum, Amsterdam, Netherlands

George Peabody Library, Baltimore, Maryland

Beitou Taipei Public Library, Taipei, Taiwan

Bibliotheca Alexandrinas, Egypt



7 perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan EQ tinggi

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaaa!

Hari ni Ain nak share mengenai 7 perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan EQ yang tinggi. Selalu orang selalu mementingkan IQ untuk berjaya. Namun percayakah awak semua bahawa orang yg berjaya di dunia ni mempunyai EQ yang tinggi, bukan semata IQ yg tinggi je tau.

Emotinal Intelligence (EQ) ditakrifkan sebagai kebolehan mengenal pasti dan menguruskan emosi diri sendiri serta orang lain. Jika anda ingin menjadi orang yang tinggi EQ, jom kita amalkan 7 perkara ni :

  • Tak bercakap/berfikir perihal negatif tentang diri sendiri. Sebagai contoh, "saya ni tak cantik macam awak". Jangan manipulasikan diri anda dengan perkara sebegini.
  • Tak terlibat dengan kisah drama orang lain. Jangan biarkan emosi orang lain mempengaruhi emosi anda.

  • Tak kuat mengeluh dan merungut

  • Tak cakap "ya" setiap kali pada semua orang mahupun diri sendiri

  • Tidak bergantung pada orang lain untuk berasa gembira dan yakin

  • Tidak bergosip

  • Tidak terlalu memikirkan masa silam. Move on please!

Marilah kita sama-sama tingkatkan EQ kita! :)


PALAPES

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaaaa!

Ain nak ceritakan pengalaman sebagai pegawai kadet Palapes selama 3 tahun di USM. Saya 7529349 Pegawai Kadet Siti Norain binti Mohd Zin siap sedia untuk menjalankan tugas tuan! Sepanjang menjadi kadet, itu merupakan pengalaman hidup yang tidak akan Ain lupakan dan pengalaman inilah yang menjadikan diri Ain sekarang. Sebuah pengajaran hidup yang Ain hargai bersama-sama dengan segulung ijazah di USM.

Askar. Tak pernah terlintas pun nak join mana-mana badan beruniform ni universiti waktu tu. Cuma, mungkin dari segi minat Ain memang cenderung ke arah benda yang lasak dan selalu berani ingin mencuba, kerana itu yang membawa diri ini untuk mendaftar sebagai Pegawai Kadet di USM. Sebelum dipilih, kami diuji dengan ujian kecergasan. Alhamdulillah lepas. haha

Tidak seperti pelajar universiti biasa, kami sebagai pegawai kadet wajib membahagikan masa dengan bagus sekali. Weekdays penuh dengan kuliah manakala weekend harus menjalani latihan di markas PALAPES dan sewaktu cuti sem dikala pelajar-pelajar lain seronok di kampung, kami harus mengikuti latihan kem tahunan. Kenangan! Penat itu pasti, tapi rasanya selama 3 tahun inilah, stamina Ain paling superb. Haha

Palapes merupakan sebuah pasukan di bawah Rejiman Askar Wataniah. Ini bermakna ia merupakan sebuah unit tentera, walau ia sebuah tentera simpanan, ilmu yang diajar adalah sepertimana yang ada dalam tentera. Secara umumnya PALAPES tebahagi kepada tiga peringkat, Junior, Intermidiate, dan Senior.

Seingat Ain, selama tiga tahun ni muka burned sentiasa menemani sepanjang tiga tahun ni. Mana tak nya, berhujan berpanas, annual camp, kawad untuk pertauliahan lagi. Patutla takde orang berani nak mengorat zaman tu. Hahahahahaaa

Berkat sabar dengan muka gelap tak cerah-cerah tu, Alhamdulillah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Siti Norain binti Mohd Zin. Bukan senang nak dapat satu paku ni, perit jerih 3 tahun tu memang tak dapat dilupakan. Ketawa dan menangis bersama-sama skuad. Mengenal erti sahabat yang sebenar. Jurulatih pernah cakap, ada dua keadaan je yang kita akan tahu perangai sebenar seseorang tu, pertama masa dia lapar, kedua masa dia penat. Masa tu la akan keluar segala perangai selfish tu. hahahaha

Ain kongsikan sedikit gambar-gambar comot Ain dulu-dulu. Kite share gambar yang happy2 je. Hihi Walaupun korang mungkin akan terdetik lasak jugak budak ni, tapi ain tetap kekal comel, sweet dan manja sebagaimana anda semua kenal. Hahahahahahaaaa #mohonmuntahhijau

lepas kawad je wajib ambik gambar

ni masa main kejar-kejar dengan jurulatih, nasib tak kena tangkap
kenangan E&E

latihan kawad sebelum ditauliahkan

one of my buddy

muka happy selepas latihan menembak

muka putih lagi sebelum dihitamkan haha

latihan persembahan

sebahagian skuad ladies

junior, inter, senior bersama pegawai dan jurulatih

balik annual camp je wajib basuh khemah

hiking di Bukit Jambul bersama skuad dan jurulatih

Sebahagian daripada skuad SB


Muka ceria selepas ditauliahkan

:)

Bersama-sama dengan skuad dan jurulatih. Alhamdulillah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Siti Norain binti Mohd Zin!


Majlis Makan Malam Regimental Intake 33 PALAPES USM


Iqra'

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaaa!

Reading, sounds cliche but I love it! Intstead of suka panjat memanjat tu, Ain ni sebenarnya suka membaca dan suka membeli buku. Boleh dikatakan sekarang ni Ain ada more than hundred koleksi buku termasuk buku motivasi, fiction, non-fiction, novel dan sebagainya. Tu semua ada dekat rumah parents dekat kampung, sekarang ni berkelana di Putrajaya. So, kalau nampak buku dah banyak je dekat rumah sewa ni, akan dipos pulang ke kampung la buku2 ni. Hihi

Ain pernah baca, lupa dah dekat mana hehe tapi dia cakap,reading books is a major key to success! So, Ain make it a habit.

Dan sebenarnya, bukan semua buku kita enjoy pun, its OK to quit. Ain pun kadang, ada buku yang tak enjoy, so I quit for a while je la hahahaha then sambung balik. :)

Sebenarnya banyak buku dah baca, buku yang Ain baca selari dengan umur dan tahap kematangan kot. Sebab dulu zaman sekolah, suka baca komik, novel, majalah. Start masuk umur 20, minat terhadap buku motivasi dan biografi lagi menarik perhatian. Still lagi baca novel namun novel tentang kehidupan lagi menarik perhatian buat masa sekarang. Faktor umur mungkin. hahahaha

Ada orang pernah kata, buku yang kita baca tu boleh melambangkan keperibadian dan minat kita sebenarnya.

Masa PBAKL2017 yang lepas. Ain pergi cari buku time happy hour. Jimat teruk duit Ain. Hahahaha
Ni jelah buku yang dapat beli. Sebenarnya banyak lagi yang nak beli tapi yang ada ni pun belum habis baca semua lagi.

Sekarang ni lagila tak menyempat, kena manfaatkan masa betul baru boleh baca.

ni buku yang sempat grab masa pbakl2017


Gunung Besar Hantu

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaaaa!

Ain nak cerita Ain panjat gunung tertinggi di Negeri Sembilan iaitu Gunung Besar Hantu. Selepas kami bersama-sama abang guider naik Gunung Nuang hari tu, silaturrahim makin erat. Jadi, terbentuk satu group hiking kami iaitu Halot. Dah ada group ni, panjang la langkah nak pergi hiking lagi. So kami decide nak try GBH ni.

Kali semua better than first time hari tu, kita belajar dari pengalaman kan. Kami turun ngam-ngam matahari terbenam. Alhamdulillah.

Sebenarnya, hiking ni best bila kita dapat kenal kawan-kawan tu part yang paling best. Bila kita ada minat yang sama, seronok nak bercerita, seronok nak berkongsi sama-sama. Hiking ni, teamwork sangatla penting. Dan, sebelum masuk hutan, kita kena belajar dulu ilmu-ilmu sebelum masuk hutan. Jangan main redah je guyss.

Nak pergi GBH ni, kita kena naik four wheels dulu tau. Perjalanan dia

Naik fourwheels → Start → Sg. Kering → Kem Orkid → Peak

Jangan pernah serik k. Yang penting jaga kesihatan. Kalau sihat baru boleh beraktiviti! :)

Muka semua ada senyum!


Briefing from our guider


Sg. Kering. Muka Ain merah padam dah tu hahahaha


Kem Orkid


Sampai puncak je kita pesta makan. Nasi impit, sandwich sardin, air milo, maggi. Perghhhh
Nasib tak keluar balik je masa turun hahahahaaa




Group photo

Wet Abseiling Sg. Pisang

Assalamualaikum wbt and Hi semuaaa! Bulan October tahun lepas, Ain pergi Sg Pisang, Gombak join untuk wet-abseiling. Sesi #throwback tak h...