Assalamualaikum wbt and Hi semuaaaaa!
Ain nak ceritakan pengalaman sebagai pegawai kadet Palapes selama 3 tahun di USM. Saya 7529349 Pegawai Kadet Siti Norain binti Mohd Zin siap sedia untuk menjalankan tugas tuan! Sepanjang menjadi kadet, itu merupakan pengalaman hidup yang tidak akan Ain lupakan dan pengalaman inilah yang menjadikan diri Ain sekarang. Sebuah pengajaran hidup yang Ain hargai bersama-sama dengan segulung ijazah di USM.
Askar. Tak pernah terlintas pun nak join mana-mana badan beruniform ni universiti waktu tu. Cuma, mungkin dari segi minat Ain memang cenderung ke arah benda yang lasak dan selalu berani ingin mencuba, kerana itu yang membawa diri ini untuk mendaftar sebagai Pegawai Kadet di USM. Sebelum dipilih, kami diuji dengan ujian kecergasan. Alhamdulillah lepas. haha
Tidak seperti pelajar universiti biasa, kami sebagai pegawai kadet wajib membahagikan masa dengan bagus sekali. Weekdays penuh dengan kuliah manakala weekend harus menjalani latihan di markas PALAPES dan sewaktu cuti sem dikala pelajar-pelajar lain seronok di kampung, kami harus mengikuti latihan kem tahunan. Kenangan! Penat itu pasti, tapi rasanya selama 3 tahun inilah, stamina Ain paling superb. Haha
Palapes merupakan sebuah pasukan di bawah Rejiman Askar Wataniah. Ini bermakna ia merupakan sebuah unit tentera, walau ia sebuah tentera simpanan, ilmu yang diajar adalah sepertimana yang ada dalam tentera. Secara umumnya PALAPES tebahagi kepada tiga peringkat, Junior, Intermidiate, dan Senior.
Seingat Ain, selama tiga tahun ni muka burned sentiasa menemani sepanjang tiga tahun ni. Mana tak nya, berhujan berpanas, annual camp, kawad untuk pertauliahan lagi. Patutla takde orang berani nak mengorat zaman tu. Hahahahahaaa
Berkat sabar dengan muka gelap tak cerah-cerah tu, Alhamdulillah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Siti Norain binti Mohd Zin. Bukan senang nak dapat satu paku ni, perit jerih 3 tahun tu memang tak dapat dilupakan. Ketawa dan menangis bersama-sama skuad. Mengenal erti sahabat yang sebenar. Jurulatih pernah cakap, ada dua keadaan je yang kita akan tahu perangai sebenar seseorang tu, pertama masa dia lapar, kedua masa dia penat. Masa tu la akan keluar segala perangai selfish tu. hahahaha
Ain kongsikan sedikit gambar-gambar comot Ain dulu-dulu. Kite share gambar yang happy2 je. Hihi Walaupun korang mungkin akan terdetik lasak jugak budak ni, tapi ain tetap kekal comel, sweet dan manja sebagaimana anda semua kenal. Hahahahahahaaaa #mohonmuntahhijau
lepas kawad je wajib ambik gambar
ni masa main kejar-kejar dengan jurulatih, nasib tak kena tangkap
kenangan E&E
latihan kawad sebelum ditauliahkan
one of my buddy
muka happy selepas latihan menembak
muka putih lagi sebelum dihitamkan haha
latihan persembahan
sebahagian skuad ladies
junior, inter, senior bersama pegawai dan jurulatih
balik annual camp je wajib basuh khemah
hiking di Bukit Jambul bersama skuad dan jurulatih
Sebahagian daripada skuad SB
Muka ceria selepas ditauliahkan
:)
Bersama-sama dengan skuad dan jurulatih. Alhamdulillah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Siti Norain binti Mohd Zin!
Majlis Makan Malam Regimental Intake 33 PALAPES USM